HomeUtamaSelesaikan segera dakwaan rasuah dalam mengendalikan pelancong asing di KLIA - Christina

Selesaikan segera dakwaan rasuah dalam mengendalikan pelancong asing di KLIA – Christina

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang serius dakwaan rasuah dalam mengendalikan pelancong asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, dalam lawatan mengejut Perdana Menteri (Anwar) ke KLIA pada Ahad untuk melihat sendiri keadaan itu, beliau yakin pihak berkuasa dapat menyelesaikan dengan pantas dakwaan rasuah dalam mengendalikan pelancong asing di KLIA.

Christina melahirkan kebimbangan mendalam dakwaan sedemikian akan memudaratkan sektor pelancongan Malaysia, sekiranya bakal pelancong mengelak negara kita sebagai destinasi percutian mereka.

“Kami berasa lega apabila mendengar daripada PM bahawa Kabinet akan membincangkan perkara itu Rabu ini, dan jaminan beliau bahawa siasatan akan dijalankan terhadap dakwaan itu (yang dibuat oleh Menteri Pelancongan Seni dan Kebudayaan Datuk Seri Tiong King Sing).

“Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, sentiasa menantikan kunjungan pelancong China pada masa lalu, oleh itu, kita tidak seharusnya membiarkan insiden yang didakwa ini merosakkan hubungan baik kita.

“Kami mengalu-alukan semua pelancong dan pelawat, dan mahu mereka menikmati keindahan bumi kita yang mempesonakan dan layanan mesra rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Christina mengulas mengenai lawatan mengejut PM (Anwar) ke KLIA dan kenyataannya bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang terlibat.

“Keadaan malang ini boleh menjejaskan industri pelancongan Sabah yang berada dalam trajektori pemulihan, selepas kita mula membuka semula sempadan antarabangsa kita.

“Aktiviti pelancongan semakin meningkat selepas pandemik kerana pelancong telah mula datang beramai-ramai ke Sabah berikutan penyambungan semula penerbangan terus berjadual dari China dan Korea,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular