HomeIsu tempatanSimpan cita-cita untuk raih kejayaan, bukan sekadar lulus - Samin

Simpan cita-cita untuk raih kejayaan, bukan sekadar lulus – Samin

Read Time:1 Minute, 31 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Para pelajar khususnya yang berada di peringkat kolej mahupun universiti perlu menyimpan cita-cita tinggi untuk terus berjaya.

Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) Samin Ongki berkata, para pelajar juga perlu berusaha untuk mencapai sebanyak mungkin anugerah bagi terus mengekalkan kejayaan.

“Saya berharap selepas sahaja majlis ini berlangsung, apabila kita keluar dari dewan yang mulia ini, maka kita perlu menyimpan cita-cita yang tinggi untuk berjaya, bukan sekadar untuk lulus.

“Biar seramai mungkin pelajar dapat anugerah dekan, anugerah pelajar terbaik dan macam-macam lagi.  Selain itu, para pelajar juga perlu bersedia untuk mencipta pekerjaan, bukan semata-mata bekerja untuk makan gaji,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Malaysia Madani KTYS yang bertajuk Malaysia Madani Pada Perspektif Pendidikan di sini pagi tadi.

Majlis itu dirasmikan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Abdul Rahman Md Yakub.

Forum itu dibarisi Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan Datuk Dr Amin Senin; Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia Sabah Mohd Nur Hilmie Milus dan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Cawangan Sabah Mohammad Izuddin Hassanudin.

Dalam pada itu, Samin memuji kehebatan rakyat di negeri ini yang telah berjaya menjawat beberapa jawatan tinggi dalam beberapa kementerian, jabatan dan agensi di peringkat Persekutuan termasuk negeri.

“Ini terbukti apabila Sabah sebelum ini telah ada yang dilantik sebagai Ketua Pengarah di Kementerian Pendidikan iaitu  Datuk Dr Amin Senin.

“Beliau telah membuktikan, bukan sebab namanya tetapi kerana kecemerlangan,” katanya.

Sementara itu, Samin berkata, meskipun KTYS mempunyai pelbagai kekurangan namun telah berjaya melahirkan para alumni dalam pelbagai bidang kerjaya.

“Petang ini saya akan melawat alumni kita di Inanam, beliau telah membuka sebuah bengkel kereta mewah dan beberapa minggu lalu juga saya turut bertemu seorang alumni di Sandakan dimana beliau juga terlibat dalam bidang perniagaan iaitu restoran,” katanya.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular