HomeUtamaKerajaan komited bantu rakyat, komuniti setempat

Kerajaan komited bantu rakyat, komuniti setempat

Read Time:1 Minute, 36 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tuaran : Kerajaan sentiasa komited dalam membantu rakyat dan komuniti setempat agar menjadi seorang insan yang berguna selain dapat membantu membangunkan negara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, ia termasuklah para penghuni penjara yang berada dalam tembok dan luar tembok penjara.

“Kita tidak seharusnya mengenepikan penghuni penjara dalam membangunkan Malaysia Madani tetapi memberikan bantuan dari segi mental dan fizikal termasuklah elemen kerohanian agama didalam jiwa dan hati mereka.

“Sesungguhnya usaha berterusan seperti ini sedikit sebanyak dapat membuahkan hasil yang positif pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Forum Anjung At-Takwa @ Sabah FM di Pusat Reintegrasi Penghuni Tuaran di sini semalam.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, usaha berterusan yang dilaksanakan pelbagai pihak mampu membuahkan hasul yang positif pada masa hadapan.

Katanya, program seumpama itu juga telah terbukti berjaya serta salah satu kaedah dalam membina ihsan madani agar penghuni penjara tidak melakukan kesalahan berulang.

“Mereka juga adalah aset negara dan membantu negara dalam mencapai dasar Kerajaan pada masa kini dan akan datang.

“Selain itu, kita juga tidak boleh lari daripad arus pembangunan media masa kini dan selamanya. Ini kerana informasi adalah dihujung jari kita yang lebih kompleks dan dinamik.

“Pelbagai maklumat yang kita terima setiap saat daripada pelbagai pihak baik di media massa elektronik atau media cetak secara terus.

“Sehubungan itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu bijak berfikir dan berganding bahu dalam memastikan anasir-anasir negatif dari dalam dan luar negeri dapat dibendung agar pemikiran anak muda dan rakyat tidak dipengaruhi oleh agen-agen negatif yang cuba menghancurkan perpaduan kita hari ini,” katanya.

Sementara itu, Jahid berkata, pihaknya percaya bahawa pengamal media khususnya di negeri ini sentiasa bersama Kerajaan dalam setiap masa bagi membantu memberikan informasi terkini yang betul serta benar dalam membina Malaysia Madani serta perpaduan yang jitu dan kukuh dikalangan rakyat negeri Sabah dan amnya Malaysia.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular