HomePolitikGagasan Rakyat diyakini mampu tarik sokongan rakyat di seluruh Sabah

Gagasan Rakyat diyakini mampu tarik sokongan rakyat di seluruh Sabah

Read Time:1 Minute, 40 Second

Kinabatangan : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diyakini mempunyai masa depan yang cerah untuk menarik sokongan rakyat di seluruh negeri.

Presiden Gagasan Rakyar Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau turut gembira dengan sokongan rakyat termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan Sukau.

“Saya cukup gembira pada hari ini kerana nampak bahawa Gagasan Rakyat sudah mula diterima di Lamag dan Sukau, cerah masa depan dan saya berharap kedua-dua Ketua Bahagian terus kerja kuat untuk memastikan Sukau dan Lamag menjadi milik Gagasan Rakyat pada pilihan raya nanti.

“Gagasan Rakyat adalah parti tempatan yang kita tubuhkan untuk teruskan perjuangan kita di Sabah dan ia adalah ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana dalam GRS kita ada tujuh parti yang akan memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Himpunan Gagasan Rakyat Bahagian Sukau / Lamag di Dataran Pekan Sukau, di sini, hari ini. 

Hadir sama, Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah; Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohd Razali Razi, Ketua Penerangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sukau, Dato’ Juhari Janan dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Lamag, Abu Bakar Gapar. 

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, himpunan rakyat dan pelancaran parti yang diadakan itu memberi cerminan bahawa Sukau dan Lamag memerlukan Gagasan Rakyat untuk maju ke hadapan.

“Percayalah kalau kita bersatu hati dan bekerja betul untuk rakyat, kita boleh lakukan, kita boleh tukar keadaan Sukau dan Lamag sepeti mana dikehendaki rakyat kawasan ini,” katanya. 

Hajiji juga memberi jaminan akan memberi tumpuan kepada Lamag dan Sukau terutama keperluan rakyat di kawasan berkenaan. 

Sejajar dengan itu, katanya beliau bersetuju meluluskan projek membina sebuah Dewan di Sukau yang bernilai RM 3 juta dan menyokong cadangan menjadikan Sukau sebagai sebuah daerah kecil. 

“Kerajaan GRS akan memastikan Daerah Kecil Sukau menjadi kenyataan. Ini sudah lama dicadangkan tapi tidak diperjuangkan oleh pimpinan dulu.

“Hari ini kita akan jadikannya kenyataan dan kita akan pastikan Pejabat Daerah Kecil Sukau dapat dibina,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya