HomePolitikJentera Wanita Gagasan Rakyat perlu bekerja lebih kuat raih kepercayaan rakyat -...

Jentera Wanita Gagasan Rakyat perlu bekerja lebih kuat raih kepercayaan rakyat – Redonah

Read Time:2 Minute, 34 Second

SANDAKAN: Jentera pilihan raya Wanita Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) perlu bekerja keras dalam memastikan kepimpinan kerajaan hari ini terus kekal diterima baik oleh rakyat.

Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda berkata, bagi mencapai matlamat itu, setiap jentera perlu meningkatkan gerak kerja khususnya melibatkan program di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, kepimpinan kerajaan hari ini bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi mesti kekal mendapat kemenangan besar pada pilihan raya akan datang.

“Wanita Gagasan Rakyat mahu kepimpinan di bawah Datuk Seri Hajiji Noor terus kekal memerintah negeri Sabah dan menjadi Ketua Menteri Sabah yang seterusnya.

“Bagi mencapai hasrat itu, adalah menjadi tugas setiap jentera parti untuk meraih sebanyak mungkin keyakinan rakyat terhadap Gagasan Rakyat untuk kekal menjadi parti dominan di Sabah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Ramah Mesra Wanita Gagasan Rakyat tujuh bahagian (Sungai Sibuga, Sungai Manila, Gum Gum, Sekong, Karamunting, Elopura dan Tanjong Papat) di Livingston Hotel Sandakan.

Hadir sama Setiauaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohamad Razali Razi, Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Aziah Atoh (Darau), Penolong Setiausaha, Fahzean Mohiddin (Kawang), Ketua Penerangan, Anna Bell Perian (Sungai Sibuga) serta Wanita Gagasan Rakyat tujuh bahagian dari Sandakan.

Redonah berkata, jentera parti perlu sentiasa peka dengan isu-isu semasa serta isu setempat bagi membolehkan kerajaan mendapat maklum balas yang tepat mengenai masalah rakyat.

“Adalah penting kepada kita semua yang berada di sini sedar betapa pentingnya kita semua untuk mengubah strategi dan gerak kerja kempen pilihan raya bersesuaian dengan perubahan iklim politik yang berlaku.

“Jentera pilihan raya perlu mengetahui bahawa pengundi muda masa kini akan menjadi penentu kepada kemenangan sesebuah parti politik, sebab itu jentera mesti sentiasa berusaha mendekati golongan ini,” ujar beliau.

Beliau berkata, tahun 2022 telah menjadi sejarah kepada negara apabila melaksanakan sepenuhnya Undang-undang Undi18 sekali gus menyaksikan golongan muda atau golongan belia yang masuk usia 18 diberi peluang memilih pemimpin pada pilihan raya sekali gus menjadi sebahagian golongan penentu kepada kuasa politik dan hala tuju masa depan negara.

Katanya, keadaan ini memberi kesan yang  ketara terhadap perubahan dan suasana kempen pilihan raya baik dari segi angka pengundi dan demografi pengundi.

“Di negara kita, pada tahun lalu dianggarkan 1.2 juta adalah rakyat Malaysia berumur antara 18 dan 20, manakala 4.6 juta lagi adalah mereka berumur 21 tahun ke atas yang tidak mendaftar lebih awal.

“Sebab itu kita perlu berusaha merancang sebaik mungkin cara dan kaedah untuk mendekati serta memastikan mereka selari dengan hala tuju PGRS sendiri,” tegas beliau.

Beliau turut mengingatkan jentera parti bahawa mereka tidak mempunyai masa yang panjang melainkan mungkin sekitar dua atau tiga tahun sahaja lagi untuk menghadapi PRN ke-17.

Tambah beliau, dalam hal itu, setiap kepimpinan di peringkat bahagian dan cawangan perlu memiliki semangat solidariti dan jati diri yang kental untuk mengukuhkan kebersamaan dalam parti sekali gus memudahkan pentadbiran, pengurusan dan perancangan serta menjadikan parti ini lebih kuat.

Terdahulu Redonah turut mengadakan pertemuan dengan Wanita Gagasan Rakyat bahagian Sukau di Sukau Backpackers, Sukau serta ziarah sayang di Kampung Sukau dan Kampung Bilit.

Perjumpaan itu disertai Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sukau Dayang Norhayati OKK Piting bersama ahli jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat Sukau.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular