HomeIsu tempatanRemaja lelaki jatuh ke dalam sungai, tergelincir dari jambatan gantung

Remaja lelaki jatuh ke dalam sungai, tergelincir dari jambatan gantung

Read Time:52 Second

TUARAN: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terjatuh ke dalam sungai selepas tergelincir semasa melalui jambatan gantung Telibung, Kampung Damat-Kampung Lakang, Tuaran tengah hari tadi (8 Julai).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan dari sistem MERS999 pada jam 2.38 petang tadi.

“Menurut pemanggil mangsa bersama lima orang rakan berada di atas jambatan gantung dan mangsa tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai.

“Mangsa dikenali sebagai Mohd Hisham Iskandar Azli dilaporkan berpakaian baju warna kuning dan berseluar hitam semasa kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan bomba berada di lokasi kejadian mendapatkan maklumat lanjut dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan pinggir sungai bersama agensi lain terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Unit Drone D’Bayu Sabah dan orang kampung menggunakan bot.

Operasi ditangguhkan pada jam 6.50 petang dan akan disambung pada esok pagi. Sehingga kini mangsa belum dijumpai.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ Kk Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular