HomeEkonomiSpring Airlines diminta kembali operasi penerbangan dari Shanghai ke Kota Kinabalu

Spring Airlines diminta kembali operasi penerbangan dari Shanghai ke Kota Kinabalu

Read Time:1 Minute, 6 Second

SHANGHAI: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew telah meminta Spring Airlines mempertimbangkan untuk mengembalikan semula operasi penerbangannya dari Shanghai ke Kota Kinabalu di bawah pelan mengembangkan industri syarikat penerbangan itu.

Spring Airlines ialah syarikat penerbangan komersial China yang berpangkalan di Shanghai, dan merupakan syarikat penerbangan tambang rendah pertama China.

Christina membangkitkan perkara berkenaan meningkatkan hubungan laluan udara semasa acara makan malam yang dianjurkan olehnya untuk pegawai syarikat penerbangan itu pada malam Rabu.

“Mungkin sekarang adalah masa untuk Spring Airlines mengembalikan Sabah (di wilayah Borneo) kepada rangkaian destinasi antarabangsanya yang luas memandangkan permintaan untuk perjalanan ke luar negara semakin meningkat.

“Langkah positif itu akan memberikan pengembara bajet China satu lagi pilihan penerbangan ideal untuk perjalanan mereka, dan sebaliknya,” katanya.

Difahamkan, penerbangan Syarikat Spring Airlines lebih 100 destinasi antarabangsa.

Tetamu makan malam turut dihadiri Shashan Gu (Pengarah New Media Centre Brand), Li Huan (Jabatan Perancangan Rangkaian, Penyelia Wilayah Perniagaan Antarabangsa) dan Yiru Lu (Pakar Sumber Laluan Antarabangsa).

Menurut pegawai syarikat, Spring Airlines sedang berusaha untuk memanfaatkan trend yang semakin meningkat untuk perjalanan domestik dan antarabangsa dengan meminimumkan kos pengurusan dan menawarkan tambang penerbangan murah.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Alesia Sion, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Tay Shu Lan, Setiausaha Politik kepada Menteri Vivien Lee, dan Pegawai Khas kepada Menteri Robert Penggai.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya