HomeUtamaTransformasi pendidikan melalui penyelidikan beri aspirasi pendidik jadi lebih kreatif

Transformasi pendidikan melalui penyelidikan beri aspirasi pendidik jadi lebih kreatif

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Usaha bagi mentransformasikan pendidikan melalui penyelidikan dilihat dapat memberi aspirasi kepada warga pendidik agar menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia termasuklah dalam pembudayaan penyelidikan pendidikan bagi memastikan sebuah organisasi itu terus cemerlang.

“Hal ini kerana, hasil kerja yang kreatif dan inovatif bukan sahaja dapat dinikmati oleh organisasi tersebut malahan dapat dimanfaatkan untuk kepentingan perkhidmatan pendidikan amnya.

“Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Tahun 2023 ini merupakan salah satu daripada program yang dirancang secara sistematik melalui pelan perancangan strategik Institut Pendidikan Guru Zon Sabah.

“Program ini dirancang sebagai salah satu aktiviti untuk berkongsi maklumat serta hasil kajian para peserta. Di samping itu, perkongsian ilmu pengetahuan melalui penyelidikan adalah kunci utama untuk meningkatkan kompetensi profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar penyelidikan pendidikan Kebansgaan Zon Sabah dan Pelancaran Buku Terbitan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya di sini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, penganjuran seminar itu juga dapat menggalakkan menggalakkan penyertaan pihak luar untuk memantapkan dan melonjakkan kegemilangan Pendidikan Abad ke-21.

Katanya, penyelidikan pada hari ini telah menjadi penanda aras baharu global dan sudah pasti menuntut kepada keupayaan penemuan dan penciptaan.

Menurutnya, penyelidikan pada masa kini bukan sahaja bersifat baharu, unik dan bermanfaat tetapi juga mampu berfungsi sebagai pemangkin kepada kesejahteraan dalam pendidikan negara.

“Kepentingan penyelidikan dalam pendidikan telah digariskan dengan jelas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu guru dan pemimpin sekolah telah menjelaskan bahawa salah satu usaha untuk menambah baik kualiti pensyarah antaranya dengan meningkatkan kepakaran dalam bidang-bidang pengkhususan tertentu dan mengagihkan masa untuk pengajaran, penyelidikan dan penerbitan bahan.

“Oleh itu, jelaslah penyelidikan merupakan elemen penting dalam agenda pembangunan pendidikan negara kerana dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing untuk menjadi sebuah negara maju dalam pendidikan inklusif,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular