HomeUtamaIbu bapa perlu sentiasa bersedia hadapi cabaran terhadap sistem pendidikan negara

Ibu bapa perlu sentiasa bersedia hadapi cabaran terhadap sistem pendidikan negara

Read Time:1 Minute, 6 Second

Tawau : Perkembangan arus semasa dan dunia tanpa sempadan menjadi antara cabaran utama kepada pendidikan negara.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Rina Jainal berkata, cabaran itu sekali gus turut mempengaruhi sistem pendidikan sedia ada.

“Hal ini selari dengan tuntutan bidang keberhasilan utama negara (NKRA) yang menuntut kita untuk bersedia melakukan pembaharuan dan pembugaran dalam sistem pendidikan menerusi inovasi dasar dan strategi yang berterusan.

“Perkara ini tidak boleh lagi hanya bergantung harap kepada guru-guru semata-mata sebaliknya sebagai ibu bapa dan penjaga, kita juga perlu bersiap siaga dalam apa juga kemungkinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuhara di sini semalam.

Rina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan berkata, dunia persekolahan turut memainkan peranan dalam melahirkan golongan pelapis kepimpinan pada masa akan datang.

Katanya, peranan sekolah amat luas khususnya dari aspek kepimpinan negara, pekerjaan, masyarakat dan banyak lagi.

“Pada kesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi mengenai masalah buli di sekolah.  Perkara ini bukanlah satu isu yang asing sebaliknya telah berlaku sejak sekian lama.

“Isu buli ini tidak boleh dipandang ringan, kita tidak lagi boleh sewenang-wenangnya mengklasifikasikan ia sebagai norma kanak-kanak dalam membesar atau isu budak-budak.

“Dalam hal ini kepekaan ibu bapa dalam menilai tingkah laku anak-anak amat diperlukan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Saya serahkan kepada pihak berwajib – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular