HomeEkonomiKUSKOP sasar RM70 juta jualan Minggu PMKS seluruh negara

KUSKOP sasar RM70 juta jualan Minggu PMKS seluruh negara

Read Time:1 Minute, 59 Second

Kuala Lumpur : Sebanyak RM70 juta disasarkan untuk jualan dan potensi jualan di seluruh negara sepanjang Minggu Usahawan Negara (MUN) dan Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, pihaknya yakin sasaran itu dapat dicapai berdasarkan catatan jualan yang direkodkan setakat ini di empat lokasi penganjuran program itu.

“Jumlah jualan dan potensi jualan yang direkodkan sepanjang Minggu PMKS setakat ini, bermula 2 Jun lalu sehingga hari ini di Pulau Pinang, Pahang, Melaka dan Sarawak adalah RM53.57 juta iaitu RM1.96 juta (jualan langsung) dan RM51.61 juta (potensi jualan).

“Selain di Dataran Merdeka pada hari ini, kita ada satu lagi belum dijalankan iaitu di Sabah yang akan diadakan pada minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Usahawan Negara (MUN) dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Peringkat Kebangsaan 2023, di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ewon berkata, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2022, 97.4 peratus perniagaan yang didaftarkan di Malaysia adalah PMKS merangkumi jumlah keseluruhan melebihi 1.17 juta perniagaan.

“Data daripada Bank Dunia pula menunjukkan 90 peratus daripada perniagaan di seluruh dunia adalah PMKS. Oleh itu bagi menyokong perkembangan PMKS, mulai 2017, United Nations General Assembly telah mengumumkan 27 Jun sebagai Hari PMKS Antarabangsa,” katanya.

Ewon berkata, di Malaysia, Minggu PMKS bermula sejak 2012 sejajar dengan komitmen dan sokongan berterusan kerajaan mengiktiraf kepentingan dan sumbangan PMKS kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Bermula tahun 2022, Minggu PMKS disambut dengan lebih bermakna di mana ia diraikan secara serentak dengan Minggu Usahawan Negara (MUN).

“Bagi tahun 2023, sambutan MUN dan Minggu PMKS ini dilaksanakan di 6 zon mulai 2 Jun hingga 16 Julai iaitu di Zon Utara (Pulau Pinang), Zon Selatan (Melaka), Zon Pantai Timur (Pahang), Sabah dan Sarawak.

“KUSKOP berharap program ini akan memberi kesan positif kepada pembangunan keusahawanan secara inklusif di negara ini,” katanya.

Ewon berkata, kerajaan menyediakan pelbagai bantuan bersepadu kepada PMKS tempatan meliputi aspek produktiviti dan automasi, aplikasi dalam talian, e-dagang, e-pembayaran dan aplikasi teknologi maklumat.

“Pelbagai program pembangunan kapasiti, khidmat nasihat, bantuan teknikal, dan akses kepada kemudahan kewangan disediakan oleh agensi-agensi KUSKOP.

“Inisiatif-insiatif sebegini adalah selari dengan Dasar Keusahawanan Negara 2023 (DKN2030) bagi mencapai matlamat negara keusahawanan unggul menjelang 2030,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya