HomeUtamaSegera lulus Pindaan Ordinan Buruh Sabah pada persidangan Dewan Undang Negeri Ogos...

Segera lulus Pindaan Ordinan Buruh Sabah pada persidangan Dewan Undang Negeri Ogos ini – MTUC Sabah

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Division Sabah (MTUC SABAH) mengesa agar kerajaan Sabah meluluskan pindaan Ordinan Buruh Sabah pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang.

Setiausaha MTUC Sabah, Engrit Liaw menyatakan sokongan MTUC Sabah ke atas kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia Mustapha Sakmud baru-baru ini berkenaan keperluan segera pindaan Ordinan Buruh Sabah (Chapter 67) (SLO) diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri disegerakan agar konsisten dengan pindaan Akta Kerja 1955.
Ini juga telah dibangkitkan oleh MTUC Sabah pada 9 Jun lalu, minta kerajaan Sabah percepatkan pindaan SLO.

Justeru, Engrit mengesa agar pada persidangan Ogos ini, Dewan Undang Negeri meluluskan pindaan Ordinan Buruh Sabah.

Katanya, dengan pindaan beberapa artikal penting, para pekerja di Sabah akan menikmati faedah sama dibawah Akta Kerja 1955 yang dinikmati oleh rakan-rakan di Semenanjung yang mana telah dinikmati sejak ianya dikuatkuasa pada 1 Januari 2023.

“MTUC Sabah mengingatkan bahawa telah masuk penggal kedua tahun 2023 dan pindaan telah pun lama tertangguh. Kali terakhir ianya dipinda pada 18 tahun yang lalu iaitu 2005,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Engrit lagi, SLO sudah tidak relevan untuk pekerja-pekerja di Sabah terutama yang berkeluarga. Pengaturan kerja fleksible dan faedah-faedah lain juga penting bagi mengimbangi tanggungjawab dan pekerjaan pada zaman moden ini.

“Selain pindaan SLO keperluan segerakan penubuhan Majlis Penasihat Buruh Sabah atau Sabah Labour Advisory Council (SLAC) juga menjadi perhatian penting.

“MTUC Sabah sekali lagi mendesak agar pindaan SLO dan penubuhan SLAC segera diluluskan melihat keperluan realiti perlindungan pekerjaan masa kini berbanding pembangunan di Sabah,” tegas beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

NGO selar individu tidak serah maklumat kepada SPRM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular