HomeUtamaBahan pameran sains bergerak China bakal ditempatkan dienam lokasi di Sabah

Bahan pameran sains bergerak China bakal ditempatkan dienam lokasi di Sabah

Read Time:1 Minute, 26 Second

China : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) semalam berjaya menandatangani Memorandun Perjanjian (MoU) bersama Muzium Sains dan Teknologi Guangxi (GSTM).

Menerusi MoU itu, GSTM dan Muzium Sains dan Teknologi China (CSTM) bersetuju untuk menyediakan satu set bahan pameran sains mudah alih untuk ditempatkan di Sabah selama tiga tahun.

KSTI dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan pameran itu dijadualkan ditempatkan di enam lokasi strategik di Sabah.

Antaranya ialah Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) Tanjung Aru; PNS Beaufort; PNS Tambunan; PNS Ranau dan PNS Kudat selain turut ditempatkan di Pusat U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Pihak kementerian juga bercadang untuk menambah lagi beberapa lokasi sesuai bagi memberi peluang sama kepada pelajar di luar bandar mempelajari Sains dan Teknologi melalui aktiviti ‘hands-on’,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha Tetap KSTI Datuk Zainuddin Aman; Executive Secretary of the Secretariat of China Association for ​​Science and Technology and Curator of the China Science and​​Technology Museum Mr. YIN Hao; Xiang(Vice President of the Guangxi Zhuang Autonomous Region Science ​and Technology Association Mr.Na dan Charge d’Affaire of Embassy of Malaysia to the People’s Republic ​​of China Mr. Sanmugam Subramaniam.

Arifin sebelum ini berkata, MoU itu adalah antara salah satu inisiatif pihak kementerian bagi memupuk minat anak Sabah terhadap ilmu Sains dan Teknologi sebagai salah satu teras dalam agenda Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau turut berharap menerusi usaha ini akan dapat menyemai minat dan mendekatkan masyatakat khasnya pelajar terhadap bidang sains dan teknologi.

Tambahnya ini juga antara usaha pihaknya bagi meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang kini masih belum mencapai 30 peratus. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular