HomeIsu tempatanProgram Jualan Agro Madani giat dilaksanakan di Sabah

Program Jualan Agro Madani giat dilaksanakan di Sabah

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah kini giat melaksanakan Program Jualan Agro Madani yang dijenamakan semula dari program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di seluruh Sabah.

Pengarah FAMA Negeri Sabah Sarman Sidno berkata, produk jualan menerusi program Jualan Agro Madani itu terus diperluaskan diperluaskan meliputi produk segar, barang kawalan, produk keperluan asas terpilih dan promosi Kombo Madani iaitu jualan produk secara pakej dengan nilai harga istimewa.

“Setakat Januari hingga Jun lalu, FAMA Sabah telah melaksanakan 47 program berkonsepkan Jualan Agro Madani di pelbagai daerah di seluruh Sabah.

“Program itu telah melibatkan seramai 674 orang usahawan dengan nilai jualan lebih RM 1.5 juta dan memberikan nilai penjimatan sebanyak RM319,861 melalui jualan Kombo Madani dan jualan produk terpilih dengan harga 20 peratus hingga 30 peratus lebih rendah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sarman berkata, FAMA Sabah menyasarkan akan melaksanakan 105 Program Jualan Agro Madani  dengan penglibatan  975 Orang peserta dan seramai 32,500 orang pengunjung akan menikmati penjimatan yang dianggarkan bernilai sehingga RM514,561.60 pada akhir tahun ini. 

Katanya, masyarakat boleh mendapatkan maklumat mengenai Program Jualan Agro Madani dengan melayari laman sosial rasmi Facebook FAMA Sabah bagi mengetahui tarikh, masa dan tempat Program Agro Madani yang akan dilaksanakan.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular