HomeUtamaAnwar Adakan Pertemuan Secara Maya Bersama Elon Musk

Anwar Adakan Pertemuan Secara Maya Bersama Elon Musk

Read Time:1 Minute, 18 Second

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan persidangan video bersama dengan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk.

Turut serta dalam persidangan video bersama Musk yang juga CEO Tesla Inc ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

“Saya mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat di Malaysia dan juga kesediaan Musk untuk datang ke Malaysia,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau turut menyampaikan ucap tahniah dan dokongan kerajaan atas pembukaan ibu pejabat, pusat servis dan pusat pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Musk di Selangor pada tahun ini.

Menurut Anwar, Malaysia akan terus memperkasakan komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’ seawal-awalnya pada tahun 2050.

Beliau berkata Malaysia mempunyai pelan dan ekosistem komprehensif, serta sumber yang berdaya saing dalam menyokong industri tenaga bersih termasuk mobiliti elektrik.

Katanya perbincangan turut berkisar kepada penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas terutamanya di kawasan pedalaman, yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minimum bagi meningkatkan rangkaian internet global.

“Inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan,” jelas Anwar.

Pertemuan maya itu bermula 9.30 pagi dan berlangsung selama kira-kira 25 minit.

Jumaat lalu, Anwar memaklumkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Musk minggu ini bagi meneroka cara untuk syarikat kenderaan elektrik utama itu menambah pelaburan di Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

51 rumah setinggan dirobohkan, 6 PTI ditangkap

Buaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular