HomeIsu tempatanLori bawa muatan baja terbabas, masuk gaung, dua lelaki maut

Lori bawa muatan baja terbabas, masuk gaung, dua lelaki maut

Read Time:39 Second

BELURAN: Dua lelaki maut selepas lori membawa muatan baja yang dinaiki terbabas sendiri dan masuk gaung dalam kejadian di Jalan Beluran, Paitan, dekat sini pada pagi Khamis (13 Julai).

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, mangsa yang maut iaitu pemandu lori, 44, dan seorang penumpang dalam lingkungan 25 tahun.

Menurutnya, lori terbabit dipercayai dari arah Lahad Datu menuju ke Paitan.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati kira-kira jam 9.00 pagi pada Khamis, sebuah lori yang membawa muatan baja telah hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke dalam gaung dipercayai akibat mengalami masalah teknikal iaitu brek gagal berfungsi.

“Akibat kemalangan tersebut pemandu dan penumpang telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Kasim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular