HomeIsu tempatanDua lelaki ditahan dalam Op Mabuk di Penampang

Dua lelaki ditahan dalam Op Mabuk di Penampang

Read Time:1 Minute, 9 Second

PENAMPANG: Sebanyak 30 kenderaan telah diperiksa dan dua lelaki telah ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi bersepadu Op Mabuk yang dijalankan di Jalan Kota Kinabalu – Penampang, malam tadi.

Operasi itu dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Sabah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton berkata, individu tersebut ditahan di bawah Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu atas kesalahan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang telah ditetapkan, sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000.

Menurut Sammy, semasa Op Mabuk yang dijalankan, pihak polis turut mengeluarkan sebelas saman di atas pelbagai kesalahan antaranya, tiada lesen memandu, tidak memakai tali pinggang keledar dan insurans kenderaan tamat tempoh.

“Operasi kali ini melibatkan kekuatan seramai dua pegawai kanan polis yang diketuai oleh Ketua BSPT IPD Penampang, Inspektor Jupri Usman dengan dibantu oleh sebelas anggota polis berjalan dengan lancar dan telah berakhir jam 3 pagi tadi.

“Seramai 35 individu telah diperiksa dan operasi kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Sammy, operasi ini juga antara lain bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya supaya sentiasa patuh dengan undang-undang lalu lintas yang telah ditetapkan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular