HomeIsu tempatanIni pengalaman berharga, permulaan untuk bergiat aktif dalam seni hiburan - Misbaria

Ini pengalaman berharga, permulaan untuk bergiat aktif dalam seni hiburan – Misbaria

Read Time:1 Minute, 45 Second

Kota Kinabalu : “Tidak menang tidak mengapa, inilah pengalaman paling berharga buat saya dalam bidang nyanyian,” kata penyanyi Misbaria Maidin.

Misbaria membawa lagu bertajuk ‘Tanpamu’ pada Anugerah Juara Lagu Artis Sabah (CLAS) musim ke-14 yang berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah itu di sini petang semalam.

Anugerah nyanyian itu telah disempurnakan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai bagi mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Misbaria ketika membuat persembahan

Misbaria berkata, ia juga merupakan satu pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan dan menganggap penganjuran anugerah itu sebagai permulaan kepadanya untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni hiburan di negeri ini.

Katanya yang turut mengakui, pertandingan itu juga membolehkan dirinya berada sebaris dengan ramai pengiat seni hiburan termasuk penyanyi terkenal dari seluruh Sabah.

Nama-nama besar yang bertanding termasuklah Elica Paujin, Yunk-G, Dabra Sia, Santiana Ramli, Fanzi Ruji, Khai Puma Jamal, Dayang Nur Azreen, The Musafeer, dan Diandra Justin.

Manakala seorang lagi penyanyi yang buat pertama kalinya berjaya melangkah ke peringkat akhir ialah Deon, dengan lagunya ‘Bahagia Yang Kudamba’.

Meskipun hanya membawa pulang hadiah saguhati, Misbaria tidak merasa kecewa malah CLAS musim ke-14 juga sebagai pembakar semangat untuk terus bekarya.

“Saya bersyukur kerana dikelilingi ‘team’ yang hebat sepanjang CLAS kali ini, kami juga telah melakukan yang terbaik, jadi tidak ada perasaan kesal malah terharu atas dorongan semua yang hadir memberikan sokongan, terutamanya ibu bapa dan ahli keluarga saya,” katanya.

Persembahan Misbaria pada peringkat akhir turut dibantu dengan kehadiran lima orang penyanyi latar terdiri daripada adik-beradik dan rakan dalam seni hiburan.

Antaranya Faisal Junaid, Shabaruddin Maidin, Safry Maidin, Joel James dan Khairul Nidzar Ruslee.

Bertemakan ‘Muzik dan Lagu’, penyanyi kelahiran daerah Tawau itu tampil anggun menggayakan pakaian yang direka khas oleh Ben Salim.

Untuk rekod, lagu Tanpamu merupakan ciptaan sepenuhnya komposer Baha Tungau, atau lebih dikenali sebagai Ateng, dan dicipta khas kepadanya atas kemenangan menjuarai pertandingan nyanyian ‘AC88 Idol’ di Atukoi Cafe 88, Penampang pada tahun 2019.

Menariknya, Ateng turut memberi kejutan dengan membuat penampilan istimewanya, bermain Violin pada awal persembahan Misbaria di pentas akhir tersebut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular