HomeIsu tempatanMayat bayi lelaki baru lahir ditemui di pembuangan sampah

Mayat bayi lelaki baru lahir ditemui di pembuangan sampah

Read Time:1 Minute, 5 Second

LAHAD DATU: Mayat seorang bayi
lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di tempat pembuangan sampah kawasan Fajar, dekat sini pada Sabtu.

Bayi yang hanya dibalut mengunakan sehelai baju kameja perempuan warna kelabu bergaris ditemui kira-kira jam 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, mayat bayi berkenaan ditemui di atas longgokan sampah oleh seorang lelaki warga tempatan yang berumur 44 tahun juga merupakan pemandu lori kontraktor pembersihan sampah yang ketika itu sedang memungut sampah di kawasan berkenaan.

“Seterusnya, sepasukan pegawai polis dari IPD Lahad Datu telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan dan mayat bayi lelaki tersebut telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rohan berkata, pihak polis sedang berusaha mengesan suspek sebenar dalam kejadian ini.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus di talian hotline IPD Lahad Datu 089-881255 atau Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Sophia Thomas Kasau di talian 013-9392505,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular