HomeEkonomiQhazanah Sabah sedang tingkatkan bon, sukuk RM1bil 'standby funds'

Qhazanah Sabah sedang tingkatkan bon, sukuk RM1bil ‘standby funds’

Read Time:1 Minute, 57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Cabang pelaburan strategik kerajaan negeri Qhazanah Sabah Berhad sedang meningkatkan bon, sukuk RM1 bilion dalam usaha menyediakan dana siap sedia (standby funds) untuk keperluan pelbagai projek yang akan dilaksanakan oleh anak syarikatnya.

Pengerusinya, Datuk Dr Yusof Yacob berkata dana itu akan diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk mereka gunakan untuk pelbagai projek mereka apabila diperlukan. Ini termasuk pembangunan penjanaan tenaga hijau, kemudahan perubatan, penubuhan hab halal, pengangkutan dan sebagainya.

“Bukannya kita akan gunakan semuanya, dana itu akan diletakkan dalam keadaan siap sedia dan kita akan gunakan untuk pembiayaan apabila perlu. Dengan cara ini, kita tidak perlu mencari dana apabila kita menjalankan sesuatu projek.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada situasi dan projek yang akan dijalankan, kita akan melihat pembiayaan konvensional jika perlu,” katanya semasa taklimat media mengenai hala tuju syarikat Qhazanah Sabah Berhad, di sini, hari ini.

Sementara itu, Dr Yusof turut mendedahkan perkembangan anak-anak syarikat dibawah Qhazanah iaitu Medicare Sdn Bhd, selain mengendalikan pemeriksaan kesihatan pekerja asing, juga akan memperluaskan skopnya ke arah pelancongan perubatan dengan membina hospital di samping membuka klinik di daerah untuk rakyat.

“Medicare juga merancang untuk menubuhkan makmal diagnostik dan pusat dialisisnya sendiri, dan kini sedang meninjau lokasi yang sesuai untuk ditubuhkan. Penubuhan klinik itu adalah untuk membantu golongan B40.

Selain itu, beliau berkata, Qhazanah telah menyelesaikan kajian kebolehlaksanaan bagi memindahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Kimanis kira-kira 60km dari Kota Kinabalu.

Katanya, pihaknya akan memberi taklimat kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri mengenai perkara itu dan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk mempertimbangkan cadangan itu.

Dalam perkembangan lain, Dr Yusof berkata, pihak Qhazanah dalam perancangan membeli kenderaan elektrik untuk pengangkutan awam, satu mesyuarat sedang dijadualkan dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengenai perkara itu pada minggu depan.

Sehubungan dengan itu, projek pembinaan, pembangunan tanah dan rancangan menjana wang lain yang disediakan, beliau memberi jaminan bahawa semua rancangan akan dijalankan secara telus tanpa berat sebelah atau memihak di mana-mana pihak.

“Ini termasuk memastikan bahawa prosedur dan penilaian kesan alam sekitar dipenuhi untuk semua projek yang memerlukan keperluan tersebut,” jelasnya.

Dr Yusof menyampaikan cek replika RM50,000 kepada Presiden Persatuan Wartawan Sabah Datuk Muguntan Vanar (dua kanan).

Pada sidang media itu, Dr Yusof turut menyampaikan tajaan RM50,000 kepada Presiden Persatuan Wartawan Sabah Datuk Muguntan Vanar untuk penganjuran Majlis Kinabalu Press Award 2023 yang akan diadakan pada 28 Oktober tahun ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular