HomeUtamaEmpat BBP baharu beroperasi akhir tahun ini

Empat BBP baharu beroperasi akhir tahun ini

Read Time:1 Minute, 43 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak empat buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) baharu dijangka akan mula beroperasi menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Abdul Razak Muda berkata, balai yang terlibat adalah BBP Putatan, BBP Nabawan, BBP Merotai dan BBP Pitas.

sebahagian aksi pertunjukan kebombaan PBB Siri 2/2023.

Katanya, balai-balai berkenaan bakal memberikan khidmat kebombaan dan penyelamatan kepada lebih 330,000 populasi penduduk di kawasan terlibat.

“Bilangan BBP di Sabah juga telah meningkat sebanyak 25 peratus iaitu 21 buah BBP kepada 28 buah BBP, sekaligus menjadikan Sabah antara negeri tertinggi yang memiliki BBP baharu. Impak positif hasil pertumbuhan BBP baharu ini juga telah berjaya memberikan khidmat kebombaan dan penyelamatan kepada lebih 330,000 populasi penduduk.

“Diharap dengan adanya BBP ini nanti mampu merealisasikan sasaran ‘respon time’ jabatan dapat dicapai dan dijangka mampu mencapai sasaran purata 80 peratus kehadiran pasukan bomba ke lokasi insiden di bawah 10 minit,” katanya.

Abdul Razak (dua dari kiri) ketika melakukan pemeriksaan barisan.

Abdul Razak berkata, pertambahan BBP itu bakal memberi peningkatan yang signifikan terhadap khidmat Pegawai Bomba Bantuan (PBB) yang mana bilangan PBB turut menunjukkan pertambahan sebanyak 35 peratus iaitu dari 171 orang kepada 261 PBB diambil berkhidmat.

“Kini jumlah PBB Sabah adalah seramai 231 orang dengan jumlah keseluruhan seramai 1,987 kurang 313 orang dari jumlah keseluruhan jumlah penjajaran yang ditetapkan jabatan iaitu 2,300 orang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Abdul Razak Muda

“Penjajaran yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat melalui perjawatan PBB dan secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan untuk ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam Kepada Masyarakat’,” katanya dalam Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Siri 2/2003 di sini, hari ini.

Beliau berkata, lima buah BBP kini sedang dinaik taraf antaranya, BBP Semporna, BBP Beaufort, BBP Lahad Datu.

Pada majlis tersebut, seramai 53 pegawai berjaya menamatkan kursus berkenaan dengan penyampaian Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan kepada PBB Muhammad Aiman Abd Aziz, Anugerah Terbaik Praktikal (PBB Hussien Mohd Noor) dan Anugerah Terbaik Teori (PBB Alexander Justin).

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat lelaki warga Sweden ditemui dalam kapal pelayaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular