HomeUtamaNADMA akan keluar enam PTO baharu

NADMA akan keluar enam PTO baharu

Read Time:55 Second

PUTRAJAYA — Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan mengeluarkan enam Peraturan Tetap Operasi (PTO) baharu untuk memantapkan pengurusan bencana negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata PTO itu melibatkan komunikasi bencana, pusat kawalan operasi bencana, pusat kawalan tempat kejadian, bencana nuklear dan radiologi, bantuan kemanusiaan di peringkat antarabangsa serta bencana tanah runtuh.

“Drafnya telah ada dan akan dimurnikan dalam beberapa sesi dengan pemegang taruh,” katanya pada sesi libat urus bersama media di sini hari ini.

Armizan berkata Nadma telah mengeluarkan tujuh PTO sebelum ini iaitu banjir dan siklon tropika, industri, jerebu, petrokimia, gempa bumi, tsunami serta kemarau.

Beliau berkata dalam menggubal PTO, Nadma diminta bukan hanya mendapatkan pandangan agensi kerajaan tetapi juga ahli akademik, badan bukan kerajaan dan pakar dalam pelbagai bidang termasuk teknologi.

Kataya PTO merupakan garis panduan yang mengkhusus kepada jenis bencana contohnya pengurusan komunikasi seperti ketika insiden tanah runtuh di Batang Kali di mana pengamal media mengadu tidak mendapat maklumat awal atau lambat dimaklumkan mengenai perkembangan terkini.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya