HomeUtamaTiga hospital di Sabah bakal di naik taraf sebagai Hospital Pakar Minor

Tiga hospital di Sabah bakal di naik taraf sebagai Hospital Pakar Minor

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Tiga buah hospital di Sabah kini dalam perancangan untuk di naik taraf daripada Hospital Daerah kepada Hospital Pakar Minor.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Asits Sanna berkata, dua daripadanya telah dimasukkan dalam peringkat Rancangan Malaysia ke-10 dan ke-11.

“Kita kini dalam perancangan untuk menaik taraf hospital daripada Hospital Daerah kepada Hospital Pakar Minor dengan 10 kepakaran antaranya Hospital Kota Marudu; Hospital Beaufort dan Hospital Tuaran.

“Bagi Hospital Beaufort dan Hospital Kota Marudu, ianya sudah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan ke-11 namun di Hospital Beaufort projek ini sudah berjalan  dan berlaku sedikit kelewatan dimana baru lebih 20 peratus ianya dilaksanakan sehingga Julai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir mengiringi Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib yang juga Exco Kesihatan meninjau isu bekalan air di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di sini semalam.

Dr Asits berkata, Hospital Beaufort yang sudah melaksanakan projek berkenaan adalah sebagai persediaan untuk menjadikan hospital berkenaan sebagai Hospital Pakar Minor.

“Di sana (Hospital Beaufort) sudah ada dilaksanakan sebagai persediaan untuk menjadikan hospital berkenaan sebagai sebuah Hospital Pakar Minor.

“Kita sudah menempatkam pakar di sana seperti Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G); Pakar Pembedahan dan Radiologi. Selain itu, kita juga akan menambah keperluan pada tahun ini supaya hospital berkenaan sedia menjadi Hospital Pakar Minor,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Asits berkata, pihaknya mengalu-alukan cadangan Exco Kesihatan Sabah bagi menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi mengenal pasti isu atau masalah yang berlaku di semua premis kesihatan di negeri ini khususnya yang melibatkan masalah air dan elektrik. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular