HomeIsu tempatanJPKK perlu mempunyai komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas

JPKK perlu mempunyai komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas

Read Time:1 Minute, 21 Second

Putatan : Semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri ini perlu mempunyai komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas selain sentiasa berpandangan jauh.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, para JPKK juga perlu sentiasa terbuka dan bersifat dinamik serta tidak mudah merasa selesa dengan pencapaian sedia ada. 

“Kita seharusnya sentiasa berusaha lebih gigih dalam membantu kerajaan untuk mencapai kemajuan bersama.

“Warga JPKK Negeri Sabah juga hendaklah setiap masa melaksanakan tanggungjawab, peranan serta amanah yang telah diberikan melalui menyampaikan perkhidmatan terbaik dan berintegriti kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran JPKK Siri 1/2023 daerah Penampang dan Putatan di sini semalam.

Jahid berkata, pihaknya berharap agar tahap kualiti perkhidmatan yang dipamerkan seluruh warga JPKK berupaya untuk memperkasa sebuah negara bangsa yang bersatu, makmur serta bermaruah.

“Saya menyeru agar pelaksanaan perkhidmatan sentiasa berteraskan paksi perundangan dan dasar yang sedia ada ke arah memastikan kelancaran sistem penyampaian kerajaan yang berkesan demi memartabatkan nama baik KPLB Sabah dan negeri Sabah.

“Buktikanlah nilai kecemerlangan anda dengan menonjolkan semangat juang serta iltizam jitu bagi menghasilkan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung.

“Mudah-mudahan momentum kecemerlangan pada masa kini dipertingkatkan dari masa ke masa demi merealisasikan visi dan misi KPLB Sabah,” katanya.

Terdahulu, seramai 130 peserta telah terlibat dalam kursus itu iaitu dari daerah Penampang seramai 116 orang manakala daerah Putatan seramai 14 orang.

Jahid berkata, pihaknya juga percaya kursus itu akan dapat membangkitkan semangat kepada semua JPKK yang berketerampilan, berwawasan dan berkualiti.

“Dasar KPLB ingin menjadikan JPKK sebagai sebuah organisasi yang mampan, relevan dan berkebolehan dalam tadbir urus kampung,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penyertaan julung kali bawa tuah, Velvet Aduk dinobat juara CLAS-15

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular