HomeUtamaPembangunan loji kuasa tingkat bekalan elektrik wajar diterokai

Pembangunan loji kuasa tingkat bekalan elektrik wajar diterokai

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Pembangunan loji kuasa bagi meningkatkan bekalan elektrik di negeri ini wajar diterokai agar dapat menarik lebih banyak pelabur di Sabah.

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sim Fui berkata, Sabah kini hanya mempunyai sejumlah 1,080 megawatts (MW) bekalan tenaga untuk kegunaan seluruh negeri sejak 60 tahun lalu.

Katanya, bagi negeri-negeri di Semenanjung jumlah bekalan tenaga mencapai 25,962 MW dan Sarawak 5,996 MW.

“Kekurangan bekalan tenaga di Sabah turut dijejaskan dengan penutupan Empangan Pangi Tenom dan pengurangan kapasiti penghasilan tenaga dibeberapa loji tenaga bebas disebabkan masalah teknikal.

“Pada Jun lalu, penggunaan elektrik di Sabah mencapai tahap 1,080 MV sehingga menyebabkan gangguan bekalan tenaga dan usaha catuan telah diperkenalkan untuk seluruh negeri.

“Tindakan itu tidak boleh diterima kerana bekalan elektrik adalah kemudahan asas untuk keperluan kehidupan rutin harian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Fui berkata, pihaknya juga bimbang dengan permintaan tinggi dalam bekalan elektrik yang dijangka meningkat dengan kehadiran banyak pelaburan ke negeri ini.

Namun katanya, keadaan akan bertambah baik kerana Sabah berjaya ambil alih kuasa kawal selia elektrik daripada Kerajaan Persekutuan dibawah Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).

“Sudah pasti ECoS akan mampu melaksanakan tugasan yang lebih baik daripada suruhanjaya tenaga diperingkat Persekutuan.

“ECoS akan mula beroperasi pada 1 Januari 2024 dan dijangka dapat memastikan pelaksanaan loji kuasa baharu di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Fui berkata, ECoS juga bertanggungjawab menyediakan bekalan elektrik kepada rakyat Sabah dengan lebih selamat, mampan dan berpatutan.

“Selain itu, kita juga perlu memastikan penjanaan kuasa di Sabah pada masa depan akan melibatkan tenaga hijau seperti tenaga solar, mini hidro, biogas dan sebagainya yang diselaraskan dengan sifar karbon dan kemampaman alam sekitar.

“Lebih daripada 130 ladang kelapa sawit di Sabah boleh melabur dalam tenaga hijau biogas untuk dibekalkan kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), dengan potensi penghasilan lebih daripada 260 MW pada 2 MW setiap ladang sawit,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular