HomeUtamaSalahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan - SU Akhbar

Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan – SU Akhbar

Read Time:46 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar, kata Setiausaha Akhbar Menteri Nur Syakirin Husnal.

Menerusi kenyataan pagi ini, beliau berkata Salahuddin kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

“Pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub mengucapkan terima kasih atas semua doa, sokongan dan ingatan kepada beliau’ katanya

Semalam Salahuddin dikejarkan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan pada pukul 10.15 malam selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Sebarang perkembangan mengenai kesihatan Salahuddin akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menurut kenyataan itu.

Terkini,  Salahuddin yang mengalami pendarahan otak, selamat menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), jam 8.30 pagi tadi.

Setiausaha akhbarnya, Syakirin Husnal Salahuddin, berkata menteri itu yang juga Timbalan Presiden AMANAH kini sedang menerima rawatan susulan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dalam pengawasan pasukan perubatan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

RELATED ARTICLES
Utama

Tidak sangka boleh viral, terima kasih semua yang membantu – Bapa...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular