HomeIsu tempatan5,000 masyarakat hadir meriahkan sambutan Maal Hijrah daerah Putatan

5,000 masyarakat hadir meriahkan sambutan Maal Hijrah daerah Putatan

Read Time:47 Second

Putatan : Seramai 5,000 masyarakat sekitar daerah ini dan yang berhampiran hadir memeriahkan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah yang diadakan di Masjid Daerah Putatan di sini semalam.

Antara pengisian sambutan berkenaan adalah sesi ceramah bertajuk Hijrah Satu Pengorbanan yang disampaikan oleh penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias.

Dalam ceramah berkenaan, Kazim mengingatkan para hadirin tentang lima perkara.

Antaranya menunaikan solat awal waktu, segera menikahkan seorang wanita jika bertemu jodoh yang baik, menguruskan jenazahbersegera menyajikan makanan kepada tetamu dan jangan menangguhkan taubat.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya selain turut menyaksikan Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Matin Datuk Pandin dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Putatan.

Hadir sama,  Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Awang Sahari dan Pegawai Daerah Putatan, Mokhtar Hussin yang juga Pengerusi Penganjur Bersama Program Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Putatan Tahun 2023.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya