HomeUtamaLebih 10,000 orang kunjungi Hari Koperasi Negara di Sabah

Lebih 10,000 orang kunjungi Hari Koperasi Negara di Sabah

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu: Lebih 10,000 orang mengunjungi sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) 2023 yang julung kalinya diadakan di Sabah.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, sambutan HKN di Sabah berjaya mencapai sasaran dan mendapat sambutan amat menggalakkan.

“Hari Koperasi Negara yang diadakan di sini adalah satu platform terbaik pengusaha tempatan menjalinkan kerjasama dengan usahawan dari luar negeri.

“Selepas membuat tinjauan dan lawatan hampir kesemua 200 pempamer yang menyertai pameran sepanjang HKN, saya mendapat makluman bahawa jualan mereka sangat laris dan mendapat sambutan amat menggalakkan.

“Ada juga yang berjaya mendapatkan kerjasama dengan koperasi lain untuk memasarkan produk serta perkhidmatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan HKN 2023 di sini, hari ini.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, ramai peserta dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak turut membuat pameran di sini dan berjaya bekerjasama dengan koperasi-koperasi di Sabah untuk mempamer dan menjual produk mereka.

“Koperasi di Sabah juga akan bekerjasama dengan mereka untuk memasarkan produk masing-masing.

“Inilah tujuan kita membuat HKN di Sabah supaya gerakan koperasi dapat diperkasakan, kerjasama sesama koperasi dapat dimantapkan dan membuka peluang kepada rakyat Malaysia khususnya di Sabah untuk terlibat sama dalam gerakan ini,” katanya.

HKN anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui agensinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berlangsung sejak 21 Julai sehingga hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Sepanjang tiga hari sambutan, pelbagai acara menarik diadakan termasuk pameran / produk dan perkhidmatan koperasi dan usahawan, Jualan Madani Koperasi (JMK), Jualan Food Truck dan Pameran e-sports dan Mini Game.

Turut diadakan pameran dan klinik perkhidmatan Kementerian, Agensi dan Korporat, Padanan Perniagaan, Program Ayok Cari Kerja dan Jom Masuk IPT dan perkongsian kejayaan koperasi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular