HomeUtamaHentikan sementara aktiviti di kawasan berisiko

Hentikan sementara aktiviti di kawasan berisiko

Read Time:38 Second

Tuaran : Orang ramai khususnya di daerah ini dinasihatkan untuk menghentikan sementara waktu semua aktiviti rekreasi dan perkelahan di kawasan yang boleh membahayakan nyawa terutama ketika musim tengkujuh dan cuaca tidak menentu.

Ketua Polis Daerah Tuaran Superitenden Noraidin Ag Maidin berkata, ia termasuklah di kawasan sungai, tepi pantai dan kawasan-kawasan yang berisiko membahayakan nyawa.

“Justeru, orang ramai khususnya para ibu bapa atau penjaga hendaklah sentiasa memantau pergerakan anak masing-masing bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini berlaku.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa peka dengan nasihat dan amaran daripada agensi keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Noraidin berkata, semua pihak pengusaha pusat pelancongan di daerah ini juga terutamanya yang melibatkan aktiviti sedemikian juga hendaklah memastikan aspek keselamatan diutamakan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Ops Buaya: JHL tembak mati buaya betina di Kg Sabah Baru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular