HomeSukan18 kumpulan meriahkan 'Sabah Esports Ultimate Showdown'

18 kumpulan meriahkan ‘Sabah Esports Ultimate Showdown’

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 18 buah kumpulan terdiri daripada pelbagai daerah di enam buah zon seluruh Sabah berjaya memeriahkan pertandingan akhir Sabah Esports Ultimate Showdown yang diadakan selama dua hari berakhir semalam.

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu dianjurkan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) Sabah ; Kementerian Belia dan Sukan (KBS); KBS Sabah; MSN Sabah dan Majlis Belia Sabah (MBS).

Presiden MBS Abqaree Fawwaz Abekan berkata, pertandingan yang telah bermula sejak 1 Julai sehingga 16 Julai lalu itu telah dilaksanakan di enam buah zon negeri dan mempertandingkan sebanyak tiga kategori.

Katanya, antara kategori dipertandingkan adalah Mobile Lagend Bang Bang (MLBB), Player Unknown Battle Ground Mobile (PUBGM) dan Fifa 23.

“Sepanjang pertandingan yang diadakan diperingkat zon, seramai 540 peserta telah terlibat dalam kategori MLBB, 432 peserta dalam kategori PUBGM dan 32 orang peserta bagi kategori Fifa 23.

“Tiga pasukan yang terpilih diperingkat zon berpeluang untuk mewakili zon masing-masing dan telah bertanding diperingkat akhir yang berakhir semalam di Dewan Resital UMS,” katanya.

Abqaree berkata, antara objektif penganjuran program ini adalah bagi memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dalam sesebuah pasukan.

Selain tu katanya, pertandingan itu juga adalah bagi mencungkil bakat anak-anak muda dalam dunia e-sukan.

“Pertandingan ini juga dapat membantu membina jati diri sebagai seorang warganegara Malaysia,” katanya.

Sebanyak RM40,000 wang terkumpul dalam kejohanan ini dipertaruhkan bagi semua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan Setiausaha Tetap KBS Sabah Datuk Mansur Asun. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

JDT FC kukuhkan kedudukan, tewaskan Sabah FC di Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular