HomeIsu tempatanOp Mabuk: 4 ditahan 10 pelbagai saman dikeluarkan

Op Mabuk: 4 ditahan 10 pelbagai saman dikeluarkan

Read Time:43 Second

TAWAU: Seramai empat individu berusia 22 hingga 39 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan melebihi kadar yang telah ditetapkan semasa Op Mabuk dijalankan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau malam Sabtu.

Selain sebanyak 10 keping saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya membabitkan pelbagai kesalahan menerusi operasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, fokus utama operasi ini adalah untuk mengesan dan membanteras pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang di bawah pengaruh alkohol berada di atas jalan raya.

Katanya, kesemua pemandu kenderaan telah diuji menggunakan alat Screening Device II ( SDII ) dilokasi dan gagal ujian saringan awal.

“Mereka kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau untuk pemeriksaan ujian pernafasan kedua menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) untuk mengesahkan kandungan alkohol dalam badan dan didapati melebihi had yang dibenarkan,” katanya dalam kenyataan semalam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya