HomeEkonomiSabah bakal wujudkan dua taman perindustrian baharu - Hajiji

Sabah bakal wujudkan dua taman perindustrian baharu – Hajiji

Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sabah bakal menubuhkan dua kawasan taman perindustrian baharu berikutan kawasan Taman Perindustrian Gas dan Minyak Sipitang (SOGIP) dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) sudah hampir penuh, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, perkara tersebut sudah dibawa ke mesyuarat kabinet untuk menubuhkan dua kawasan perindustrian baharu di Sabah.

“Ini memberi peluang supaya kita dapat membangunkan industri kita di Sabah jadi kita kena cari kawasan lain dan kabinet telah memutuskan untuk mencadangkan dua kawasan iaitu di kawasan Kimanis dan juga di kawasan antara Kota Marudu dan Kota Belud.

“Tujuannya ialah untuk kita membangunkan industri kita dan menempatkan pelabur-pelabur yang berminat dan mahu melabur di Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program Jelajah Wanita GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kawasan tanah yang dikenalpasti untuk menubuhkan kawasan taman perindustrian tersebut, Hajiji berkata, setakat ini kerajaan sedang mengenalpasti dua kawasan tersebut masing-masing tanah milik kerajaan 6,000 hingga 8,000 hektar antara Kota Belud dan Kota Marudu dan kawasan Kimanis.

“Kawasan antara Kota Belud dan Kota Marudu akan dibina taman perindustrian biasa sama seperti di KKIP dan kawasan Kimanis akan dibina Taman Perindustrian Gas dan Minyak,” jelas Hajiji.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya