HomeUtamaLelaki ditahan reman lima hari bantu kes siasatan SPRM

Lelaki ditahan reman lima hari bantu kes siasatan SPRM

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang individu lelaki disyaki terlibat dengan sindiket penyamaran sebagai pegawai SPRM dan meminta rasuah daripada beberapa anggota polis.

Perintah reman terhadap suspek berkenaan selama lima hari bermula 24 Julai sehingga 29 Julai 2023 dikeluarkan oleh Majistret Lovely Natasha Charles di Mahkamah Majistret 1 Kota Kinabalu selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Menurut SPRM Sabah, maklumat kes diterima mengatakan bahawa seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan SPRM dari Ibu Pejabat yang masih belum dikenali telah meminta wang rasuah dan sumbangan daripada beberapa anggota Polis Sabah sebagai balasan untuk menyelesaikan kes-kes siasatan SPRM.

Suspek hadir di mahkamah pagi tadi dengan memakai baju T-shirt berwarna jingga dan kedua-dua tangannya bergari.

Suspek diwakili barisan peguam Muhammad Amirul Amin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Khairudin Noordin.

Semalam Sabah media melaporkan SPRM Sabah telah berjaya menumpaskan satu sindiket penyamaran sebagai pegawai kanan SPRM dan pegawai kanan Menteri Dalam Negeri yang dipercayai menggunakan modus operandi bagi menyelesaikan kes yang disiasat oleh agensi penguat kuasa.

Hasil serbuan yang dijalankan di beberapa lokasi oleh pihak SPRM Sabah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah di sekitar Kota Kinabalu, seramai tujuh individu warganegara Malaysia yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun telah ditahan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya