HomeUtamaKSTI beri peruntukan RM250,000 kepada semua PPD Sabah untuk Program STEM

KSTI beri peruntukan RM250,000 kepada semua PPD Sabah untuk Program STEM

Read Time:3 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) telah memberikan peruntukan berjumlah RM250,000 kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sabah bagi menjayakan program sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) STEM FIESTA.

Menterinya, Datuk Dr Arifin Mohd Arif berkata, program STEM FIESTA merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di setiap daerah bagi menarik minat pelajar dalam bidang STEM.

Dr Arifin (kanan) melawat gerai pameran STEM semasa Karnival STEM 2023 di Maktab Sabah pada Selasa.

“Saya meminta kepada semua sekolah agar melihat usaha-usaha untuk melihat anak-anak kita kecintaan mereka dan penglibatan mereka dalam bidang STEM yang mana ini salah satu perkara yang perlu dan kita fokus.

“Seperti yang kita maklum, kadar penglibatan pelajar di dalam bidang STEM terutamanya sains tulen di Sabah semakin menurun dan perkara ini diambil serius oleh Kementerian ini. Pada tahun ini, jumlah pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang STEM hanya 27 peratus, masih jauh daripada sasaran kita untuk mencapai target 60:40 (60% Aliran Sains dan 40% Aliran Sastera).

“Hal ini sangat membimbangkan kerana kita mahu sediakan modal insan yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam teknikal, Sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan pekerjaan masa hadapan.

“Saya berharap agar program-program seumpama ini dipergiatkan dan dimulakan di peringkat pra sekolah lagi sebagai salah satu usaha kita bagi meningkatkan jumlah penyertaan murid dalam bidang pendidikan aliran STEM (Enrolmen STEM) selaras dengan Pelan Strategik Sabah Maju Jaya dan Pelan Strategik Sepakat Sabah Hebat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Karnival STEM 2023: Empowering Sustainable Development with Science and Technology di Maktab Sabah di sini, hari ini.

 Dr Arifin berkata, Kementeriannya amat menyokong program-program pembudayaan ilmu berkaitan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) seperti program Karnival STEM Maktab Sabah yang bertujuan untuk menarik minat pelajar dan menepis presepsi bahawa sains itu adalah mata pelajaran yang susah.

“Di samping itu, melalui program ini, secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran semua lapisan masyarakat termasuk ibu bapa , guru-guru dan komuniti mengenai kepentingan Pendidikan STEM dan kerjaya STEM.

“Justeru, kementerian saya akan berusaha untuk memastikan kadar atau peratusan 27 peratus untuk kita di Sabah akan meningkat salah satunya dengan penglibatan PPD, penglibatan Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan dalam bidang ini,” ujar beliau.

Selain itu, Menurut Dr Arifin, KSTI juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif pembudayaan STEM dengan rakan-rakan strategik dalam dan luar negara bagi menarik minat pelajar-pelajar di Sabah.

“Kementerian telah menandatangani Memorandum Perjanjian dengan Guangxhi Science and Technology Museum baru-baru ini dan melalui kerjasama ini, Kerajaan Republik China bersetuju untuk menempatkan lebih kurang 60 buah bahan pameran sains bergerak untuk ditempatkan di Perpustakaan Negeri Sabah selama tiga tahun.

“Pameran ini dijangka tiba dan ditempatkan di Perpustakaan Negeri Sabah Tanjung Aru pada bulan September 2023,” katanya.

Dalam pada itu, Kementerian itu turut memperkasakan peranan Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) khususnya dalam menarik minat pelajar mengikuti Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dr Arifin berkata, antara program atau projek utama KSTI ialah pembinaan Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi (Pusat STI) di Perpustakaan Keningau dengan kos sebanyak RM3.0 juta dan dijangka siap pada penghujung 2023.

Menurutnya, Pusat STI Keningau ini dilengkapi dengan pengisian teknologi terkini berkonsepkan asas Sains iaitu Matematik, Fizik, Biologi dan Kimia dengan diorama persekitaran yang menyeronokkan dan berinformasi.

“Selain itu, kementerian juga turut merancang melaksanakan satu projek berimpak tinggi iaitu pembinaan Pusat Sains Sabah di Kota Kinabalu,” katanya.

Tambah beliau, Kementerian juga telah berjaya mendapatkan persetujuan pembinaan Pusat STI Tawau dan Pusat STI Sandakan yang bernilai lebih daripada RM10.2 juta daripada PETRONAS (RM5.1 juta untuk setiap satu).

“Diharapkan kerjasama dengan PETRONAS dapat diteruskan di semua baki 20 cawangan perpustakaan negeri yang lain,” katanya.

Turut hadir Pengetua Maktab Sabah Nurani Fauziah Derin.

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular