HomeUtamaPenjawat awam diingatkan untuk sentiasa beri khidmat terbaik untuk rakyat

Penjawat awam diingatkan untuk sentiasa beri khidmat terbaik untuk rakyat

Read Time:1 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu : Penjawat awam bertanggungjawab untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat khususnya di negeri ini selain tidak mudah berasa selesa dengan kemahiran yang ada.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, penjawat awam sebaliknya hendaklah sentiasa berusaha menimba pengalaman baharu dan memiliki kapasiti intelektual serta nilai kreativiti dan inovasi tinggi. 

Katanya, penjawat awam juga perlu sentiasa bersedia belajar dan memahirkan diri agar dapat mengaplikasi teknologi semasa selain mampu menghasilkan produk inovasi termasuk menyediakan perkhidmatan kreatif. 

“Sekarang ini, seperti yang kita lihat, rakyat juga semakin bijak, malahan tidak keterlaluan kalau dikatakan mereka lebih bijak daripada kita. Contohnya dengan satu kesilapan saja, seseorang itu boleh diadu dengan hanya menekan I-ADU di hujung jari, tanpa perlu melalui prosidur atau birokrasi seperti dahulu. Begitu sekali kecanggihan yang ada sekarang seperti mana kata orang, semuanya terletak di hujung jari.

“Ini amatlah bersesuaian dengan keperluan masa kini di mana rakyat perlukan perkhidmatan yang cepat dan sebagai menyahut kepada cabaran Setiausaha Kerajaan Negeri dalam salah satu amanatnya agar bersama-sama merealisasikan Kerajaan Digital  dengan prinsip 5A iaitu acess by anyone, at anytime, anywhere by using any device,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmata Cemerlang (APC) 2022 dan Majlis Jasamu Dikenang 2023 Jabatan Hal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Ruslan berkata, setiap penjawat awam juga hendaklah memastikan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan berada pada tahap cemerlang.

Katanya, ini kerana aspek-aspek seperti pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kecekapan dan nilai positif serta kepakaran adalah sesuatu yang perlu dimiliki oleh seorang perkhidmatan awam kerana ianya merupakan aset yang tidak ternilai.  

“JHEAINS adalah sebuah organisasi yang mempunyai peranan yang sangat penting kerana Jabatan ini adalah  merupakan satu kesinambungan agenda mendaulatkan syiar Islam dalam usaha menangani arus perkembangan dan kemajuan agama Islam di Negeri Sabah. 

“Oleh itu,  anda perlulah sentiasa bersiap sedia dengan kemahiran-kemahiran tersebut untuk berhadapan dengan cabaran dan isu  yang sentiasa ada demi  mempertahankan agama kita iaitu agama Islam,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular