HomeEkonomiGerakan koperasi dikalangan belia amat digalakkan

Gerakan koperasi dikalangan belia amat digalakkan

Read Time:1 Minute, 40 Second

Kota Kinabalu : Gerakan koperasi khususnya dikalangan generasi belia amatlah digalakkan bagi membantu meningkatkan keberhasilan yang tinggi sekali gus menyuntik semangat keusahawanan dari peringkat usia muda.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keusahawanan dalam gerakan koperasi juga kini telah diterima baik oleh golongan berkenaan apabila mendapat sambutan yang positif menerusi program Sidang Kemuncak Belia Koperasi Asia Pasifik (APCYS) 4.0.

“Kita menggalakkan koperasi-koperasi belia di Malaysia untuk lebih tersebar dan diperkasa supaya kita dapat melahirkan produk-produk koperasi ini di peringkat serantau selain hasrat kita diperingkat Antarabangsa.

“Gerakan koperasi sudah lama berjalan di negara ini tetapi kita mesti berada selangkah ke hadapan dari negara-negara lain kerana Perdana Menteri menghasratkan negara ini menjadi sebuah Harimau Ekomomi di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis APCYS 4.0 di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Zahid berkata, koperasi juga merupakan salah satu cabang bagi memperkukuhkan dan memperkasakan lagi ekonomi di negara ini.

Katanya, penglibatan belia dalam koperasi melibatkan tiga aspek antaraya koperasi bukan hanya sebuah badan sukarelawan tetapi ia akan mewujudkan perasaan untuk berurusniaga dengan memberikan keutamaan.

“Kedua, ia kemudian mewujudkan budaya perniagaan dan ketiga, jangan hanya melihat kepada produk tetapi juga perkhidmatan serta aspek lain. Contohnya, aspek yang berkaitan dengan bagaimana luar bandar dan perbezaan ini harus diberikan keutamaan supaya pertumbuhan ekonominya seimbang.

“Gerakan koperasi dengan mewujudkan  keusahawanan dalam kalangan generasi muda mesti diselarikan agar ia berkembang dengan lebih cepat dengan memberikan latihan tidak formal kepada para belia baharu yang terlibat dalam perniagaan atau koperasi,” katanya.

Dalam pada itu, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kementeriannya turut berperanan mewujudkan koperasi luar bandar.

“Ia sudah lama diwujudkan di peringkat kampung, kawasan felda dan kampung baru, tetapi apa yang menarik yang dibuat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) adalah berhasrat untuk memperluaskan koperasi dalam negara ini ke peringkat antarabangsa.

“Saya juga berpendapat potensinya luas kerana mereka sangat komited untuk membawa koperasi ke peringkat antarabangsa,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular