HomeUtamaPelancaran Bulan Kebangsaan, Kempen Kibar Jalur Gemilang Sabah Selasa ini

Pelancaran Bulan Kebangsaan, Kempen Kibar Jalur Gemilang Sabah Selasa ini

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2023 akan diadakan Selasa ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair berkata majlis pelancaran yang bermula pada jam 8 pagi itu akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bertempat di perkarangan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Menteri-menteri jemaah Kabinet Sabah dan Setiausaha Kerajaan Negeri serta seramai 500 tetamu juga dijangkakan akan hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Turut diadakan penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada semua kementerian, jabatan dan agensi negeri mahupun persekutuan dan kepada kenderaan-kenderaan awam.

“Bagi menambahkan kemeriahan majlis, gimik bagi pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah juga akan turut disempurnakan oleh Ketua Menteri pada majlis tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada acara Raptai Penuh Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2023, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga Setiausaha Jawatankuasa Induk Urusetia sambutan turut berharap agar seluruh rakyat Sabah hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan.

“Juga turut dialu-alukan, kehadiran semua untuk hadir beramai-ramai ke Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan di Jalan Tun Fuad Stephen pada 31 Ogos depan,” katanya.

Pada majlis tersebut, sebanyak 20 kenderaan yang menyertai KMJG 2023 oleh JaPen Sabah bersama rakan – rakan strategik akan dilepaskan.

Menambah lagi kemeriahan majlis, persembahan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh artis PENTARAMA JaPen Sabah, persembahan kior dari DBKK dan pengagihan bendera kepada kenderaan awam di Jalan Tugu.

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular