HomeUtamaSPRM tahan tiga individu termasuk dua pegawai beruniform

SPRM tahan tiga individu termasuk dua pegawai beruniform

Read Time:35 Second

LABUAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga individu termasuk dua pegawai beruniform kerana disyaki menggunakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu bagi tujuan tuntutan tugasan rondaan berjumlah lebih RM100,000.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 30’an dipercayai ditahan kira-kira jam 2.30 petang tadi di pejabat SPRM Labuan.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek yang bertugas di daerah Labuan dan Tawau dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya, ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Labuan esok pagi bagi tujuan permohonan reman.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular