HomeIsu tempatanBot Karam: Lima mangsa selamat, seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas

Bot Karam: Lima mangsa selamat, seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas

Read Time:59 Second

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaikinya bersama lima lagi penumpang karam di 0.2 batu nautika Tanjung Batu, Sandakan petang tadi (1 Ogos).

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan pada pukul 4.00 petang tadi bagi mengesan kanak-kanak malang berkenaan disamping Pangkalan Hadapan CARILAMAT diwujudkan bagi mengkoordinasi pencarian tersebut.

Katanya, mangsa Romy Azlan berusia tujuh tahun berbangsa Suluk dimaklumkan bersama keluarga
menaiki bot terbabit dipercayai bertolak dari jeti Pulau Timbang menuju Ke Kampung Mumiang dengan membawa enam orang penumpang termasuk dua orang kanak-kanak.

“Bot tersebut kemudiannya dipercayai terlanggar satu objek terapung menyebabkan ia telah hilang kawalan lalu terbalik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zainudin turut memaklumkan Bot Peronda Banggi 14 dan Bot Kilat 8
dari Zon Maritim Sandakan telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk melaksanakan pencarian awal mangsa.

Turut membantu pencarian Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bot nelayan tempatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta berhubung secara terus kepada Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Sandakan ditalian 089-229504 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah 088-387774 yang beroperasi 24 jam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peserta Sugandoi, golongan muda diseru pelihara, promosi budaya Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya