HomeUtamaCuaca Panas : Empat daerah di Sabah berada pada tahap berjaga-jaga

Cuaca Panas : Empat daerah di Sabah berada pada tahap berjaga-jaga

Read Time:39 Second

Kota Kinabalu : Empat kawasan di Sabah dikategorikan berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga berikutan cuaca panas yang kembali melanda negara pada masa ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, antara daerah terlibat ialah Beluran, Tuaran, Kinabatangan dan Nabawan.

“Berdasarkan kemas kini status cuaca panas di seluruh negara setakat jam 4.40 petang tadi, terdapat empat kawasan di Sabah berada pada tahap satu (berjaga-jaga).

“Antara daerah terlibat Beluran, Tuaran, Kinabatangan dan Nabawan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, tahap berjaga-jaga iaitu suhu maksimum harian boleh mencecah antara 35 hingga 37 darjah celcius dan berlarutan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. 

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Majlis Perniagaan AS-ASEAN bincang peluang perniagaan di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular