HomeUtamaMasyarakat perlu berubah ke arah kehidupan yang membudayakan penjagaan alam sekitar

Masyarakat perlu berubah ke arah kehidupan yang membudayakan penjagaan alam sekitar

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Masyarakat perlu berubah ke arah kehidupan yang membudayakan kepada kebersihan dan penjagaan alam sekitar bagi mencapai hasrat untuk menjadikan bandaraya bersih, hijau dan berdaya huni.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, hasrat untuk menjadikan bandaraya yang bersih, hijau dan berdaya huni tidak hanya cukup dengan penyediaan infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.

“Pengabaian kepada kebersihan akan mengundang masalah jika pengurusan sisa pepejal ini tidak diuruskan dengan baik.

“Manusia merupakan punca kepada penghasilan dan pembuangan sisa pepejal tidak kira di mana mereka berada. Justeru , kita harus dan tanpa gagal perlu bijak mengurus sisa bagi mengurangkan permasalahan sisa yang dibuang secara meratarata dan masalah pusat pelupusan kita yang semakin penuh dengan lambakan sisa yang dihasilkan setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan kempen kesedaran ‘My City, My Responsibility’ 2.0 di sini kelmarin.

Noorliza berkata, semua perancangan kelestarian hijau yang dibangunkan tidak dapat memperlihatkan impaknya dengan sekelip mata tanpa ada kerjasama semua pihak.

“Namun dengan kita memulakannya sudah menunjukkan ada sesuatu yang boleh kita banggakan dan kita tunjukkan kepada generasi kita pada masa akan datang.

“Setiap daripada kita ada tanggungjawab untuk mengurangkan kesan pengabaian kebersihan dan alam sekitar ini. Agenda ini tidak akan mampu untuk  dicapai tanpa penglibatan semua pihak khususnya kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, ia bermula dengan sekecil-kecil tindakan dengan menghijaukan persekitaran kediaman, mendidik anak-anak untuk amalkan budaya kebersihan dan mencintai alam sekitar.

“Didik diri kita dan anak-anak untuk asingkan sisa dari rumah supaya mereka faham akan kepentingan kitar semula. Semua ini perlu bermula dari setiap unit sel dalam komuniti – iaitu keluarga kita sendiri,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular