HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan dua warga Filipina bersama bot tunda

Maritim Malaysia tahan dua warga Filipina bersama bot tunda

Read Time:1 Minute, 14 Second

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat menahan sebuah bot pukat tunda kerana membawa barang kawalan tanpa permit yang sah lewat petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, hasil maklumat risikan, pihaknya berjaya menahan sebuah bot pukat tunda di posisi lebih kurang 1.9 batu nautika tenggara Esplanade, Kudat ketika melaksanakan rondaan OP PLUTO TIMUR sekitar pukul 7.55 petang semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan, terdapat dua lelaki warga Filipina didapati mengendalikan bot berkenaan. Kedua-dua individu terbabit yang berusia lingkungan 24 dan 46 tahun itu didapati mempunyai dokumen pengenalan diri yang telah tamat tempoh.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati, terdapat barang kawalan bersubsidi yang dibawa bot berkenaan iaitu sejumlah 30 tong berisi minyak petrol dianggarkan sebanyak 600 liter.

“Kedua-dua suspek bersama bot dan kesemua barang rampasan dibawa ke jeti untuk diserahkan
kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Maurice, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan atau barang kawalan bersubsidi dengan niat untuk melakukan kesalahan, Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen, Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi tempoh yang
dibenarkan dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

Berikutan daripada kejadian berkenaan, pihak Zon Maritim Kudat memohon kepada masyarakat
khususnya komuniti maritim membantu pihak agensi dengan melaporkan sebarang salah laku
atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya