HomeIsu tempatanLelaki dilaporkan hilang, mayatnya ditemui dalam longkang

Lelaki dilaporkan hilang, mayatnya ditemui dalam longkang

Read Time:1 Minute, 13 Second

PUTATAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu (23 Julai), mayatnya ditemui di dalam longkang oleh pekerja pembersihan di Jalan Kota Kinabalu – Papar berhadapan Kem Lok Kawi dekat sini pagi tadi (1 Ogos).

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton mengesahkan penemuan mayat mangsa dikenali sebagai Sefuan Taha.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang mengesahkan telah menerima satu maklumat awam mengenai kes kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal pada jam 8.35 pagi Selasa (1 Ogos) di Jalan Kota Kinabalu – Papar berhadapan Kem Lok Kawi, Putatan.

“Hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada penunggang motosikal
(mangsa) yang datang dari arah Kota Kinabalu menghala ke Papar, tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke sebelah kiri longkang berhadapan Kem Lok Kawi, Putatan.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat ditemui oleh pekerja pembersihan di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sammy, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun dan telah dilaporkan hilang oleh keluarganya sebelum ini.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat segera di balai polis yang berdekatan.

Pihak polis juga meminta orang awam tidak menyebarkan gambar- gambar mangsa di lokasi kejadian dan fakta yang tidak sahih bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya