HomeUtamaMasyarakat digesa gelorakan, meriahkan Bulan Kebangsaan

Masyarakat digesa gelorakan, meriahkan Bulan Kebangsaan

Read Time:2 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Seluruh lapisan masyarakat khususnya di negeri ini digesa untuk bersama-sama dengan Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia dalam memeriahkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.

Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata, usaha menyemarakkan bulan kebangsaan memerlukan komitmen serta kerjasama semua pihak demi melahirkan masyarakat Madani yang cinta kepada bangsa, agama dan negara. 

“Sepanjang bulan kebangsaan ini, kita melaksanakan pelbagai aktiviti di peringkat daerah, di hentian-hentian lain termasuk di sekolah dan pejabat-pejabat kerajaan untuk kita gelorakan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

“Oleh itu, kita minta kepada semua agensi-agensi kerajaan ataupun rakan-rakan di luar sana supaya kekal bersemangat dan sama-sama membantu Jabatan Penerangan untuk membantu mengggelorakan sambutan Hari kebangsaan di peringkat negeri tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya di sini semalam.

Jainisah berkata, antara kelainan yang dibawa JaPen pada tahun ini ialah penganjuran program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Infiesta Integrasi yang dijadualkan pada 12 dan 13 Ogos ini.

“Antara pembaharuan tahun ini di setiap hentian terpilih akan diadakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilayari menerusi laman sosial Jabatan Penerangan Sabah. 

“Antara yang menarik ialah di hentian Lawas iaitu program KMJG Infiesta Integrasi di Sipitang dan Lawas pada 12 dan 13 Ogos di mana akan ada pertemuan di antara KMJG Negeri Sarawak dan KMJG Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kita akan adakan acara kemuncak pada malam 12 Ogos di Esplanade Sipitang dan esoknya konvoi akan bergerak ke Lawas untuk sambutan di peringkat negeri Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Bandaraya Rohani Ramlee menyambut baik kerjasama pintar di antara pihaknya dengan JaPen Sabah.

“Bagi saya ia adalah pendidikan luar kepada anak-anak terutama anak-anak generasi kini kerana mereka tidak banyak pengalaman yang memberikan mereka pendidikan tentang cintakan negara.

“Ini adalah peluang bagi saya untuk mendedahkan anak-anak murid ini supaya semangat cintakan negara itu bermula dari hari ini.  Semangat itu bukan sahaja dari segi yang mereka belajar tetapi mereka melihat sendiri terutama bagaimana JaPen Sabah membawa semangat itu ke seluruh Negeri Sabah,” katanya.

Pada majlis itu, Konvoi KMJG yang diketuai Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa disambut meriah oleh 1,500 pelajar sesi pagi iaitu Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5.

Konvoi yang dilepaskan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam mewakili Ketua Menteri Sabah semalam, memulakan perjalanannya ke Istana Seri Kinabalu, sebelum ke SMK Bandaraya dan berpatah balik ke Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia, di Kepayan sekaligus mencatat penjelajahan 40km konvoi hari pertama.

Konvoi KMJG 2023 dijadual menjelajah Pantai Barat Utara dan pelancarannya akan bermula di Tuaran pada Ahad ini.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular