HomeIsu tempatanKebajikan anggota persatuan sentiasa diberi perhatian - Muhammad

Kebajikan anggota persatuan sentiasa diberi perhatian – Muhammad

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Pasukan Polis Hutan Batalion 16 terus giat menjaga kebajikan para anggotanya.

Presidennya, Muhammad Tasan berkata, jumlah keahlian berdaftar persatuan yang ditubuhkan dua tahun lalu itu kini adalah seramai 300 orang.

Katanya, pihaknya turut mempelawa para pesara polis untuk menyertai persatuan kebajikan tersebut.

“Sebelum ini persatuan memberi sumbangan sebanyak RM500 kepada mana-mana ahli yang dimasukkan ke hospital manakala yang meninggal dunia diberi bantuan RM1,000 kepada waris.

“Cuma baru-baru ini jumlah tersebut diubah sedikit atas dasar kekangan kewangan, di mana setakat ini kita mendapat bantuan daripada kerajaan negeri dan kita juga sedang berusaha mendapatkan dana sendiri, mungkin melalui projek jualan buku, cenderahati dan sebagainya.

“Selama ini, persatuan juga ada mendapat bantuan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan kita mengalu-alukan mana-mana syarikat atau pihak yang ingin menghulur sumbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam. 

Persatuan tersebut mengekalkan nama Batalion 16 sebagai simbol perjuangan dahulu di mana terdapat anggota yang pernah bertugas di era pengganas Komunis, disamping berjuang bersama-sama pasukan keselamatan yang lain di Sarawak.

Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Duta Perancis ke Malaysia, Axel Cruau yang bertujuan membincangkan hubungan bilateral dan potensi  kerjasama.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Deklamasi puisi akan diadakan pada Majlis Makan Malam Hari Jadi Rasmi...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular