HomeUtamaPenjawat awam perlu berwibawa, telus dalam mengutamakan kepentingan rakyat

Penjawat awam perlu berwibawa, telus dalam mengutamakan kepentingan rakyat

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Penjawat awam khususnya di negeri ini yang diberi amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas hendaklah sentiasa telus, tulus dan tiada konflik peribadi dalam mengutamakan kepentingan awam. 

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, penjawat awam juga perlu berwibawa, akauntabiliti, patuh kepada undang-undang dan peraturan semasa yang berkuatkuasa.

“Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul  yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi yang memberi penekanan kepada etika kerja yang berlandaskan tugasan kita sehari-hari. 

“Keselarasan di antara amalan dan tindakan dengan prinsip moral, etika dan peraturan perkhidmatan awam hendaklah konsisten dalam semua aspek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Minggu Integriti Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah di sini kelmarin.

Ellron berkata, sekiranya semua itu dipraktikkan maka integriti Kementerian akan lebih mantap dan cemerlang.

Beliau juga telah melihat usaha dan kesungguhan pihak pengurusan kepimpinan di Kementerian ini yang sentiasa berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan sistem dan budaya kerja yang lebih baik dan teratur. 

“Ini adalah demi mengelak dan membendung segala teguran dan mencegah sebarang perkara yang negatif samada dari dalam dan luar Kementerian ini. 

“Saya menyokong usaha yang berterusan ini dan menyeru kesemua warga Kementerian agar sama-sama bersatu hati memantapkan integriti demi kesejahteraan semua,” katanya.

Dalam pada itu, pelbagai acara dan pengisian menarik telah dilaksanakan sepanjang tahun ini di antaranya, program dan aktiviti yang berkaitan Integriti seperti pameran poster di seluruh daerah/bahagian kementerian.

Selain itu ceramah agama Integriti sepanjang bulan Ramadan dari penceramah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular