HomeIsu tempatanBot Karam: mayat mangsa kanak-kanak ditemui pagi tadi

Bot Karam: mayat mangsa kanak-kanak ditemui pagi tadi

Read Time:51 Second

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas dalam insiden bot karam semalam di perairan Pulau Tanjung Batu dekat sini, mayatnya ditemui pada jam 11.08 pagi tadi (2 Ogos).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa Romy Azlan berumur tujuh tahun telah dijumpai pagi tadi oleh pihak Maritim pada jarak 600 meter dari lokasi bot karam.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum menamatkan operasi pada jam 12.00 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, menurut laporan pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Maritim Sandakan, dalam kejadian 2.30 petang pada Selasa (1 Ogos), mangsa Romy bersama keluarga menaiki bot berkenaan dipercayai bertolak dari jeti Pulau Timbang menuju Ke Kampung Mumiang dengan membawa enam orang penumpang termasuk dua orang kanak-kanak.

Bot tersebut kemudiannya dipercayai terlanggar satu objek terapung menyebabkan ia telah hilang kawalan lalu terbalik, lima mangsa selamat namun seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Romy Azlan dikhuatiri lemas sebelum mayatnya ditemui hari ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS tuan rumah Bengkel Strategik Majlis Universiti Awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya