HomeSukanKemudahan sukan di Kompleks Sukan Tun Adnan kini boleh ditempah melalui aplikasi...

Kemudahan sukan di Kompleks Sukan Tun Adnan kini boleh ditempah melalui aplikasi GoNet

Read Time:2 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Kemudahan sukan di Kompleks Sukan Tun Adnan di sini kini boleh ditempah dengan lebih mudah menerusi aplikasi tempahan secara dalam talian melalui aplikas GoNet.

Pengerusi Lembaga Pengarah Innoprise Capital Sdn Bhd Datuk Jaffari Waliam berkata,  pelanggan khususnya peminat arena sukan di negeri ini akan dapat menjimatkan masa apabila membuat tempahan menerusi aplikasi berkenaan pada bila-bila masa.

“Seperti yang sedia maklum, kompleks sukan ini merupakan salah satu penyedia kemudahan sukan di kawasan Kota Kinabalu kerana terletak di kawasan yang strategik dan mempunyai pelbagai kemudahan sukan yang lengkap untuk sebarang penganjuran sukan dari skala kecil hingga ke skala besar. 

“Bagi menambah baik tadbir urus berkaitan dengan pengurusan penyewaan dan kutipan sewaan kemudahan sukan yang terdapat di sini maka pihak syarikat mengimplementasikan tempahan dalam talian sebagai salah satu perubahan kepada tadbir urus kerja mengikut arus pemodenan teknologi masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Aplikasi Tempahan Secara Dalam Talian GoNet Kemudahan Sukan di Kompleks Sukan Tun Adnan di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Pengarah Yayasan Sabah Dato Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd Datuk Jasnih Daya.

Jaffari berkata, menerusi pendekatan itu, pihaknya turut menyokong usaha kerajaan negeri dengan penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan penyediaan fasiliti sukan di Sabah. 

Katanya, penggunaan sistem yang dibangunkan oleh GoNet Holding Sdn. Bhd. ini itu adalah mengambil kira pengalaman syarikat berkenaan dalam menyediakan perkhidmatan kepada Lembaga Sukan Negeri Sabah bagi urusan tempahan dan bayaran kemudahan sukan yang dikendalikan di seluruh Sabah. 

Menurutmya, GoNet Holdings Sdn. Bhd. juga merupakan satu-satunya pembekal perkhidmatan seumpamanya daripada Sabah dan mempunyai lesen daripada Bank Negara Malaysia bagi pengeluar e-wallet bukan bank yang diluluskan dan dilesenkan untuk melaksanakan kutipan pembayaran dan transaksi wang secara dalam talian. 

“Melalui perkhidmatan tempahan dalam talian ini, pelanggan dapat menjimatkan masa kerana tempahan boleh dibuat melalui aplikasi GoNet pada bila-bila masa sahaja. Aplikasi GoNet ini boleh dimuat turun melalui Google PlayStore, App Store dan Huawei AppGallery,” katanya.

Dalam pada itu, Jaffari berkata, Innoprise Capital (Innocap) merupakan anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan urusan penyewaan dan kutipan sewa kemudahan sukan sejak dikomersialkan pada tahun 2011. 

Katanya, sejak pengkomersialan 12 tahun yang lalu, pihaknya telah berusaha untul menambah baik kemudahan sukan yang terdapat di kompleks sukan berkenaan.

“Antaranya, bagi memenuhi permintaan pasaran sukan, INNOCAP telah membina dua arena futsal yang merangkumi lapan gelanggang futsal bertaraf antarabangsa,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Para SUKMA : Shahafiq, Ethan cipta rekod baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular