HomeSukanMaxumax taja jersi pasukan wanita Sabah FA

Maxumax taja jersi pasukan wanita Sabah FA

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Pasukan wanita Sabah FA menerima tajaan jersi jenama Maxumax bagi mengharungi Kejohanan Liga Wanita Nasional 2023 yang bermula Ahad ini.

Simbolik penyerahan diadakan di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA) daripada wakil Maxumax, Mohd Akmal Mohd Yasin kepada Timbalan Presiden SAFA, Datuk Awang Kadin Tang.

Awang Kadin ketika ditemui berkata, pihaknya amat berterima kasih atas penajaan berkenaan kerana ia sekali gus dapat membantu menaikkan semangat pemain.

Katanya, pasukan Sabah FA antara pasukan mempunyai potensi besar untuk menjadi juara dalam kejohanan yang diadakan buat julung kalinya tahun ini.

“Tajaan ini bukan saja membantu meringankan kos malah secara tidak langsung menyokong pembangunan bola sepak wanita di negeri ini.

“Kita berharap akan ada lebih banyak pihak yang tampil selepas ini untuk menaja pasukan wanita Sabah FA di kejohanan membabitkan enam pasukan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan jersi yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita SAFA, Muhd Arziz Afizy Rumsani, Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom dan jurulatih pasukan wanita, Petronella Douny.

Awang Kadin berkata, dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak, sudah pasti perjuangan pasukan wanita Sabah FA dalam kejohanan ini berjalan lancar.

Sementara itu, Presiden SAFA, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, penajaan jersi ini mampu meningkatkan moral pemain skuad wanita Sabah FA untuk mengharungi saingan Liga Wanita Nasional musim ini.

“Saya berharap, Liga Wanita Nasional 2023 ini juga akan menjadi salah satu platform untuk mengetengahkan bakat-bakat baharu wanita dalam sukan bola sepak di negeri ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

51 rumah setinggan dirobohkan, 6 PTI ditangkap

Buaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular