HomeUtamaSabah tuan rumah Miss Tourism International 2023 World Final Ke-26

Sabah tuan rumah Miss Tourism International 2023 World Final Ke-26

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Sabah akan menjadi tuan rumah acara berprestij Miss Tourism International (MTI) 2023 World Final Ke-26 dengan penyertaan lebih 45 buah negara di seluruh dunia pada November 2023 akan datang ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, penganjuran acara itu akan menjadi acara pertandingan ratu cantik yang terbesar pernah diadakan di Sabah selama 17 hari, pastinya akan membawa publisiti yang luar biasa kepada negeri ini.

“Justeru, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada Presiden dan Pengasas Miss Tourism International, Tan Sri Datuk Danny Ooi kerana telah memilih Sabah sebagai tuan rumah untuk Pusingan Akhir Dunia MTI 2023 yang berprestij ini.

“Ucapan tahniah juga kepada Pengerusi Penganjur Bersama, Miss Xandria Ban dan Genie Chua, dan pasukan kerana menerima tanggungjawab yang begitu besar untuk menganjurkan acara sebesar ini,” katanya.

Christina berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara EvepntLab Works & Supplies Sdn Bhd dan D’Touch International Sdn Bhd, di sini pada Jumaat (4 Ogos).

MoU berkenaan adalah pelantikan EventLab Works & Supplies Sdn Bhd sebagai Penganjur Miss Tourism International 2023 World Final Ke-26.

Bagi pihak Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan Lembaga Pelancongan Sabah, Christina berkata, mereka pasti akan berada di sana untuk memberikan sokongan sepenuhnya dan mengalu-alukan delegasi Miss Tourism International dengan layanan mesra dan baik, sekali gus menjadikannya pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi delegasi untuk menikmati apa yang ditawarkan oleh Sabah.

Acara yang diadakan selama 17 hari itu bermula daripada ketibaan para peserta Miss Tourism International pada 10 November 2023. Malam penobatan Pusingan Akhir Dunia MTI 2023 ke-26 akan diadakan pada 25 November 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Sebelum Malam Pusingan Akhir Dunia MTI 2023 itu, para delegasi akan melibatkan diri dalam banyak aktiviti pelancongan untuk mempromosikan Pelancongan Sabah.

Antara program tersebut ialah lawatan ke Santuari Orang Utan di Sandakan, menikmati keindahan pantai yang indah, menikmati juadah dan merasai keramahan masyarakat Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular