HomeUtamaYayasan PETRONAS sumbang pakaian seragam, peralatan sekolah kepada 3,570 pelajar di Sabah

Yayasan PETRONAS sumbang pakaian seragam, peralatan sekolah kepada 3,570 pelajar di Sabah

Read Time:1 Minute, 6 Second

Sipitang : Seramai 3,570 pelajar dari seluruh Sabah menerima sumbangan pakaian seragam dan peralatan sekolah bagi program Memperkasakan Ilmu yang dilaksanakan Yayasan PETRONAS.

Ketua PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab berkata, penerima terdiri daripada 2,140 pelajar Tahun Satu hingga Tiga daripada 65 buah sekolah rendah dan 1,430 pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga melibatkan 26 sekolah menengah.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu mereka dalam melakar kejayaan dan melengkapkan mereka dengan keperluan persekolahan agar terus berkembang maju dalam pembelajaran mereka,” katanya.

Penyerahan sumbangan diadakan sempena Program STEM Fiesta Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang 2023 yang turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Zainuddin Aman.

Siti Ayu berkata, melalui program itu, pelajar terpilih akan menerima baucar untuk satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut hitam, beg sekolah, dan pakaian sukan.

Katanya, penerima daripada kalangan pelajar sekolah rendah juga mendapat beg sekolah, pensel warna, dan set alat tulis, manakala pelajar menengah pula turut mendapat kalkulator saintifik.

“Program ini bermula lebih dari 10 tahun yang lalu sebagai sebahagian daripada usaha PETRONAS untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk kekal mengambil bahagian dalam proses pendidikan sehingga tamat persekolahan, selain membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa mereka.

“Untuk tahun ini, seramai 21,000 pelajar di seluruh negara mendapat manfaat daripada program ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular